<description><![CDATA[Makam Keramat Tok Tina Aluih @ Tok Canai Aluih @ Tok Halus merupakan kubur berbatu nisan Acheh dari kurun ke 15 dan merupakan yang terpanjang di Perlis. Menurut penduduk tempatan di situ, Tok Tina Aluih atau Tok Canai Aluih ialah seorang perempuan yang cantik dan tinggi lampai. Oleh kerana kecantikkannya beliau dikenali dgn nama Tina Aluih atau Canai Aluih. 
Adalah dipercayai Tok Tina Alui berhijrah bersama ibu bapa dan ahli keluarganya dari Acheh dan seterusnya membuka perkampungan di Kg Binjal ini. Tok Tina Aluih kemudiannya telah berkahwin dengan seorang lelaki yg bernama Tok Jernih. Tok Jernih mempunyai dua orang isteri, isteri pertamanya ialah Tok Tina Aluihdan isteri kedua adalah Tok Surau.
Setelah Tok Tina Aluih meninggal dunia, beliau telah dikebumikan di Kg Binjal dan kesemuannya ahli keluarganya terus meninggalkan perkampungan tersebut dan pulang ke Acheh. Hingga sekarang tidak dapat ditemui keturunan Tok Tina Aluih di Perlis.
<description><![CDATA[Kuboq Tok Arau - kat kampung kebun Arau...
Stesen Ketapi Arau..
kuboq tok arau juga layak disenaraikan sebagai kawasan warisan. tok arau atau nama sebenarnya mohd arshad mohd yunus adalah perdana menteri perlis yang pertama. beliau bergelar datuk paduka belat di raja seri perdana menteri. beliau berasal dari chenak dan bertanggungjawab membuka arau.
kira-kira sepuluh tahun lalu, Persatuan Penulis Perlis (3P) ambil inisiatif membersihkan kubor tu. kemudian pasang papan tanda di pintu masuk jalan dan di dalam kawasan kubor tu. 3P ialah persatuan yang tak dak duit jadi depa tak boleh menguruskan kubor tu secara berterusan. 
bagaimanapun persatuan tu dah buat penyelildikan mengenai tok arau dan beberapa ahli persatuan tu dah pi ke chenak beberapa tahun lalu dan singgah di kampung bana surau yang dikaitkan dengan tok arau. di bana surau yang terdapat pondok tertua di chenak, ditunjukkan beberapa tinggalan silam yang dianggap milik tok arau.
<description><![CDATA[Nama Makam
1. Makam Haji Salleh Penaga (sumber dari Dato' Wan Samsuddin Mohd Yusof)
2. Makam Putera Jalil Yaacob Syah Syahbandar Kota Setar @ Khun Waran Wangsa (sumber dari blog http://sejarahnagarakedah.blogspot.com)
Jenis Batu Nisan Acheh
Othman L
Usia Makam
Berdasarkan jenis batu nisan Acheh yang digunakan, makam ini dipercayai wujud antara kurun 17 ke kurun 18 masihi.
Lokasi
Terletak bersebelahan bangunan bekas Mahkamah Rendah Lama, Jalan Raja, Alor Star yang kini menjadi pejabat TDC Malaysia.
Cerita Silam
Menurut Dato' Wan Shamsudin Mohd Yusof, tokoh sejarawan negeri Kedah, batu nisan Acheh yang berwarna kuning tersebut adalah milik seorang ulama bernama Hj Salleh yang berasal dari Penaga, Seberang Perai. Beliau merupakan penasihat agama kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854 -1879) disamping bertindak sebagai guru agama di istana.
Tapak asal kawasan Mahkamah Rendah Lama di Jalan Raja tersebut pada awalnya merupakan sebuah madrasah yang didirikan oleh Tuan Guru Haji Salleh. Madrasah Tuan Guru Hj Salleh bukan sahaja dijadikan sebagai tempat pengajian agama malahan berperanan sebagai mahkamah syariah yang bertindak mengurus soal nikah cerai penduduk setempat pada ketika itu. 
Setelah kematian Tuan Guru Haji Salleh, madrasah tersebut telah diruntuhkan dan diganti dengan Mahkamah Rendah Lama yang dibina oleh pihak British pada tahun 1931. Tuan Guru Haji Salleh disemadikan dikawasan perkuburan bersebelahan dengan bangunan mahkamah berkenaan. Ramai diantara ahli keluarganya juga disemadikan di kawasan perkuburan tersebut.
Manakala menurut sumber dari blog sejarahnagarakedah.blogspot.com mendakwa makam tersebut merupakan makam seorang putr diraja Kedah bernama Putera Jalil Yaacob Syah 
Rujukan
Othman Mohd Yatim (1988). Batu Acheh: Early Islamic Gravestones in Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Lembaga Muzium Negara. 
(2006). Old Session Court Building (Bangunan Mahkamah Rendah Lama). di akses pada 23 Oktober 2007 dari http://malaysia.smktk.net/malaysia/kedah/old_session_court_building.html
Temubual bersama Dato' Wan Samsuddin Mohd Yusof pada 24 Oktober 2007 bertempat di Perpustakaan Muzium Negeri Kedah Alor Star]]></description>