 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
shawn's FotoPage makam, purba, batu, nisan, aceh By: shawn sintok
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Wednesday, 24-Oct-2007 11:53 |
Email | Share | Bookmark |
|
Makam purba bersebelahan Mahkamah Rendah Lama Alor Star
|
|
Nama Makam
1. Makam Haji Salleh Penaga (sumber dari Dato' Wan Samsuddin Mohd Yusof)
2. Makam Putera Jalil Yaacob Syah Syahbandar Kota Setar @ Khun Waran Wangsa (sumber dari blog http://sejarahnagarakedah.blogspot.com)
Jenis Batu Nisan Acheh
Othman L
Usia Makam
Berdasarkan jenis batu nisan Acheh yang digunakan, makam ini dipercayai wujud antara kurun 17 ke kurun 18 masihi.
Lokasi
Terletak bersebelahan bangunan bekas Mahkamah Rendah Lama, Jalan Raja, Alor Star yang kini menjadi pejabat TDC Malaysia.
Cerita Silam
Menurut Dato' Wan Shamsudin Mohd Yusof, tokoh sejarawan negeri Kedah, batu nisan Acheh yang berwarna kuning tersebut adalah milik seorang ulama bernama Hj Salleh yang berasal dari Penaga, Seberang Perai. Beliau merupakan penasihat agama kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854 -1879) disamping bertindak sebagai guru agama di istana.
Tapak asal kawasan Mahkamah Rendah Lama di Jalan Raja tersebut pada awalnya merupakan sebuah madrasah yang didirikan oleh Tuan Guru Haji Salleh. Madrasah Tuan Guru Hj Salleh bukan sahaja dijadikan sebagai tempat pengajian agama malahan berperanan sebagai mahkamah syariah yang bertindak mengurus soal nikah cerai penduduk setempat pada ketika itu.
Setelah kematian Tuan Guru Haji Salleh, madrasah tersebut telah diruntuhkan dan diganti dengan Mahkamah Rendah Lama yang dibina oleh pihak British pada tahun 1931. Tuan Guru Haji Salleh disemadikan dikawasan perkuburan bersebelahan dengan bangunan mahkamah berkenaan. Ramai diantara ahli keluarganya juga disemadikan di kawasan perkuburan tersebut.
Manakala menurut sumber dari blog sejarahnagarakedah.blogspot.com mendakwa makam tersebut merupakan makam seorang putr diraja Kedah bernama Putera Jalil Yaacob Syah
Rujukan
Othman Mohd Yatim (1988). Batu Acheh: Early Islamic Gravestones in Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Lembaga Muzium Negara.
(2006). Old Session Court Building (Bangunan Mahkamah Rendah Lama). di akses pada 23 Oktober 2007 dari http://malaysia.smktk.net/malaysia/kedah/old_session_court_building.html
Temubual bersama Dato' Wan Samsuddin Mohd Yusof pada 24 Oktober 2007 bertempat di Perpustakaan Muzium Negeri Kedah Alor Star
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|