Want your
own Fotopage?






 
shawn's FotoPage
makam, purba, batu, nisan, aceh
By: shawn sintok

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 24-Oct-2007 10:36 Email | Share | | Bookmark
Makam Purba di Kg Tok Soh, Pinang Tunggal

papan tanda makam kg tok soh
 
batu kenyataan mengenai makam kg tok soh
View all 4 photos...
Nama Makam
1. Makam Raja Bersiung (sumber penduduk tempatan)
2. Makam Tok Soh (sumber blog http://sejarahnagarakedah.blogspot.com)


Jenis Batu Nisan
Othman B

Usia Makam
Berdasarkan jenis batu nisan Acheh yang digunakan, makam ini dipercayai wujud sekitar kurun ke 15.

Lokasi
Kg Tok Soh, Pinang Tunggal dan jaraknya dari bandar Sungai Petani kira-kira 8 km.

Cerita Silam
Menurut penduduk tempatan disitu, makam ini dipercayai makam Raja Bersiong. Menurut Othman dan Abdul Halim (1990) nama itu sebenarnya mengambil sempena nama sebuah bekas kota iaitu Kota Raja Bersiong yang terletak tidak jauh dari makam tersebut. Hasil daripada lawatan mereka ke lokasi kota berkenaan sekitar tahun 1985, didapati kota itu masih menpunyai benteng yang diperbuat daripada timbunan tanah setinggi dua hingga tiga meter. Di sekeliling kota itu dibuat parit selebar kira-kira sepuluh hingga 15 meter, manakala dalam parit itu di antara tiga hingga empat meter.

Menurut Othman dan Abdul Halim lagi, di dalam kawasan kota yang sangat luas itu didapati banyak sekali serpihan tembikar, batu bata dan juga ketul batu merah. Mereka beranggapan lokasi tersebut mungkin tinggalan runtuhan bangunan istana raja yang memerintah atau rumah ibadat sama ada masjid atau candi.

Manakala sumber terbaru yang dipetik dari blog Realiti Sejarah Kedah mendakwa makam tersebut adalah milik permaisuri Raja Merong Mahawangsa @ Sultan Muzaffar Syah 1 yang bernama Syarifah Mariam Syed Jamal Al-Jefri. Menurut laman blog tersebut, Syarifah Mariam adalah berketurunan Arab daripada bani Hashim. Nama Pinang Tunggal adalah merujuk kepadanya yang bermaksud "jadi permaisuri tunggak Negara" dalam bahasa Siam. Nama Bukit Meriam yang terletak tidak jauh dari Pantai Merdeka juga diambil sempena nama beliau Syarifah Mariam

Menurut Othman dan Abdul Halim (1990), tulisan jawi pada batu nisan tersebut merupakan sedutan ayat Al-Quran dari Surah Al-Fath, Ali Imran dan Al-Saf yang bermaksud

"Tiada tuhan melainkan Allah, Muhamad Pesuruh Allah. Sesungguhnya kami memberikan kepadamu satu kemenangan yang nyata" - Surah Al-Fath, ayat 1

"Allah menjadi saksi. Dia tidak ada tuhan selain Dia orang-orang yang berilmu, sebagai melaksanakan keadilan" - Surah Ali Imran, ayat 18

"Inilah satu kemenangan daripada Allah, kemenangan segera, dan kamu untuk menggembirakan dan menunjukkanya" - Surah Al-Saf, ayat 13


Rujukan
Othman Mohd Yatim (1988). Batu Acheh: Early Islamic Gravestones in Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Lembaga Muzium Negara.

(2007). Makam Tok Soh di Pinang Tunggal. Diakses pada 31 Ogos 2007 di http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/08/makam-tok-soh-di-pinang-tunggal.html.

Othman Mohd Yatim & Abdul Halim Nasir (1990). Epigrafi Islam Terawal di Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Care to comment?


Tuesday, 23-Oct-2007 12:30 Email | Share | | Bookmark
Makam Purba di Mukim Ulu Melaka, Langkawi

papan arah ke makam purba
 
 
View all 5 photos...
Makam ini terletak di Mukim Ulu Melaka, 13 km dari pekan Kuah. Makam purba ini telah ditemui oleh Encik Ahmad bin Bulat pada bulan April 1975, semasa beliau mengorek tanah pongsu untuk dibuat tapak rumahnya. Makam ini panjangnya kira-kira 2.4 m dan menggunakan batu nisan Acheh. Berdasarkan catatan papan kenyataan di makam berkenaan adalah dipercayai makam tersebut adalah milik seorang wanita dan berkemungkinan besar makam tersebut mempunyai kaitan dengan penempatan orang Acheh di Pulau Langkawi suatu ketika dahulu.

Namun begitu daripada sumber lain pula (http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura_Dilanggar_Todak) dipercayai makam tersebut adalah kubur seorang pedagang dan ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib yang telah berhijrah ke Temasik untuk memulakan kehidupan baru disamping berdagang disana. Mengikut cerita orang Melayu Singapura, Tun Jana Khatib sangat disegani oleh rakyat Temasik kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di samping banyak melakukan kerja-kerja amal ke atas penduduk-penduduk tempatan.

Beliau kemudiannya dihukum bunuh oleh Paduka Seri Maharaja, Raja Temasik kerana menunjukkan kehebatan ilmunya di hadapan permaisuri baginda. Kononnya Tun Jana Khatib sedang menilik sebatang pokok pinang lalu memegang batang pinang dengan tangannya sehingga batang tersebut terbelah dua dihadapan permaisuri. Paduka Seri Maharaja yang sedang memerhati kelakuan Tun Jana Khatib itu amat murka dan diperintahkan Tun Jana Khatib dibunuh.

Sebelum dibunuh Tun Jana Khatib telah bersumpah seperti berikut "Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya membayar harga keatas kezaliman itu... Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!".

Setelah dibunuh, mayat Tun Jana Khatib tiba-tiba telah ghaib. Orang ramai yang berhimpun ketika itu mula gempar apabila darah Tun Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi mula gempar apabila menemui sekujur mayat terbaring di tepi pantai. Mayat tersebut dipercayai adalah mayat Tun Jana Khatib yang telah ghaib setelah dibunuh di Temasik. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kehebatan Tun Jana Khatib, iaitu

Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.

Kononnya akibat sumpahan beliau, Temasik telah dilanggar todak dan ramai rakyat Temasik akibat ditikam oleh ikan todak tersebut.

Manakala sumber terbaru (http://sejarahnagarakedah.blogspot.com) menyatakan bahawa Makam Purba tersebut adalah makam Sultan Muhyidin Mansor Syah yang memerintah Kedah sekitar tahun 1652-1662 masihi. Menurut Nai Long Kassim ibni Nai Long Ahmad, waris mutlak Maharaja Benua Islam Siam Dinasti Ayuthia, Nagara Kedah Sultan Muhyidin Mansor Syah juga dikenali sebagai Boromakot Chao Pija Kersan atau Sri Su Tammaraja II di Siam.

Ini adalah kerana baginda pernah memegang jawatan sebagai Maharaja Siam dinasti Ayuthia dengan gelaran Boromrajadhiraj V. Menurutnya lagi jawatan Maharaja Siam dinasti Ayuthia di Bangkok digilir-gilir di kalangan pemerintah negeri Acheh, Kedah, Pahang, Gangga Negara Beruas, Selangor, Riau, Brunei, Pasai dan Borneo. Baginda bersemayam di Kota Palas yang terletak di Ulu Melaka, Langkawi dan pemerintah Kedah yang menitahkan pembinaan sebuah balai penghadapan yang dinamakan Berahman Indera (kini dikenali sebagai Balai Besar, berhadapan Masjid Zahir), Istana Kuning dan Balai Nobat.

Menurut Nai Long Kassim, Sultan Muhyidin Mansor Syah telah memperisterikan Puteri Hang Li Po dan dikurniakan seorang putera dan seorang puteri. Putera baginda bernama Syarif Abu Bakar yang kemudiannya bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia, Khalifah Sharif Abu Bakar Syah apabila menaiki takhta kerajaan Siam dinasti Ayuthia. Khalifah Syarif Abu Bakar juga digelar sebagai Kaha Ekataat V @ Mahadam Mahaza.

Puteri baginda Sultan Muhyidin Mansor Syah bernama Nang Che Puan dikahwinkan dengan Paduka Seri Sultan Nai Nal Azilin II atau Sultan Mohamad Jiwa Zainal Adilin Muazam Syah II. Paduka Seri Sultan Nai Nal Azilim II adalah Penghulu Berahman Indera merangkap Perdana Menteri Kedah.

Semasa pemerintahan baginda, tentera-tentera Maharaja Cina Manchu telah dihantar ke Kedah bagi membantu pembinaan Balai Besar atau Berahman Indera. Tentera-tentera tersebut telah ditempatkan di Pekan Cina tidak jauh dari Balai Besar, Alor Star. Semasa pembinaan itu dijalankan, Raja Kubang Pasu ketika itu bernama Paduka Seri Sultan Sulaiman ibni Paduka Seri Per Abu telah membunuh seorang demi seorang tentera Cina Manchu lalu dimasak dan dimakan daging mereka.

Tulang-tulang mereka kemudiannya dikumpulkan dan ditanamkan berhampiran Istana Bukit Tinggi (kini merupakan kawasan perkuburan). Setelah disiasat, Tengku Sulaiman dipanggil mengadap Sultan Muhiyuddin Mansor Syah untuk diadili dan dijatuhkan hukuman. Setelah didapati bersalah Tengku Sulaiman kemudiannya telah melarikan diri ke Singgora. Sultan Muhiyuddin Mansor Syah amat murka atas perbuatan Tengku Sulaiman dan menyebut “Raja Tui yangkam belot yukbat” bermaksud, Raja Sulaiman derhaka enggan serah kuasa

Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah memerintahkan Raja Acheh ketika iaitu Paduka Seri Sultan Iskandar Muda Thani untuk menangkap Tengku Sulaiman. Akhirnya, Tengku Sulaiman telah berjaya dibunuh oleh Sultan Iskandar Muda Thani dan dimakamkan di Singgora. Menurut Nai Long Kassim, kisah tradisi rakyat Kedah mengenai Raja Bersiung adalah merujuk kepada kisah Tengku Sulaiman tersebut. Istana beliau di Bukit Tinggi bersebelahan Taman Tabung Haji juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Istana Raja Bersiung.

Rujukan
Mohd. Azli Lee Abdullah (2003).Sejarah Dalam Pembayang Pantun. Diakses pada 17 September 2007 dari http://www.geocities.com/alamaya.geo/r1_sejarahpantun.htm

(2007). Singapura Dilanggar Todak. Diakses pada 17 September 2007 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura_Dilanggar_Todak

(2005). Lagenda Batu Rantai, Temasik Dilanggar Todak. Diakses pada 17 September 2007 dari http://culture.melayuonline.com/?a=TlR3ei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=

Naim Firdausi (2007). Kisah Raja Tui Yang Kam Yukbat. Diakses pada 1 September 2007 dari http://naim-firdausi.blogspot.com/2007/05/kisah-raja-tui-yang-kam-yukbat.html.

(2007). Sultan Muhyidin Mansor Syah (Bergelar Boromokot di Ayuthia). Diakses pada 28 Ogos 2007 dari http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/08/sultan-muhiyuddin-mansor-syah-bergelar.html.

Care to comment?


Sunday, 21-Oct-2007 15:09 Email | Share | | Bookmark
Makam purba di Kota Padang Saujana

batu nisan acheh di tengah2 sawah padi di Kg Padang Saujana
 
 
Kota Padang Saujana terletak kira-kira 4km barat pekan Kepala Batas. Tinjauan penulis di kota tersebut mendapati sekurang-kurangnya 3 buah makam purba terletak di sekitar kota tersebut. Penduduk-penduduk tempatan menamakan makam-makam tersebut sebagai makam tok panglima lidah hitam dan makam tok chengkoi. Manakala makam purba ditengah-tengah petak sawah tidak diketahui namanya. Berdasarkan jenis batu nisan yang digunakan iaitu batu nisan Acheh adalah dipercayai makam tersebut adalah milik golongan bangsawan.

Maklumat terbaru daripada blog sejarah realiti nagara Kedah (http://sejarahnagarakedah.blogspot.com) menyatakan sekurang-kurangnya dua orang kerabat maharaja Siam dinasti ayuthia dimakamkan di kota tersebut iaitu Paduka Seri Sultan Tunku Long Taha ibni Tunku Long Putera, Raja Legeh dan Paduka Seri Sultan Tunku Nong Chik, Raja Bang Nara Narathiwat. Kedua-dua raja tersebut merupakan korban Perang Musuh Bisik 1821 apabila tentera Siam Dinasti Chakri dan Burma menyerang Kedah pada tahun 1821.

welcome to fotopages...

yah jum komen2...
baru tahu kelemahan kita..

http://egoboboi.fotopages.com http:?/johnbean.deviantart.com

http:?/johnbean.fotopages.com
Sun 21-Oct-2007 17:11
Posted by:boboi boibean_22@yahoo.com  - [Link]
Welcome to fp


more editing and
update at >
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com
Mon 22-Oct-2007 12:34
Posted by:shukri sfawani sfawani@hotmail.com
kalu tuan nak tahu..rumah yang dekat dengan makam tok lidah hitam tu adalah rumah saya... di sekitar makam tu lah dahulu tempat kami main... main perang2, aci sembunyi dll... malah ketika banjir besar tahu 40an, 70an dan 2005.. kawasan makam tersebut langsung tak kena banjir sedangkan kawasan lain dah tenggelam...di kalangan org kg hanya memanggil makam tok keramat... dan kalau dilihat susunan batu di atas makam tersebut persis seperti sebujur tubuh yang sedang tidur... dari hujung kepala sampai ke hujung kaki... wallahua'lam Wed 9-Jan-2008 09:25
Posted by:imamdesa imamdesa@gmail.com
Add comment


[<<  <  1  [2]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.